Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.
Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.
Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut. Wanita itu kemudian bertindak
memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.
Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.
Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak. Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.
Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab. Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.
Catat Ulasan
1 comments:
Salam sejahtera untuk mulimin dan muslimat, saya telahpun menemi kaedah ( formula ) bahawasanya Islam yang sebenar benarnya, iaitu agama yang terakhir untuk manusia bersyukur, bertaqwa kepada Allah SWT dan agama yang amat senang lagi memudahkan penganutnya serta menyebabkan semua makhluk ( kecuali kejahatan ) hidup dengan selesa dan selamat.