Sejak lama para ilmuwan bingung bagaimana cara sebuah piramid dibina.Ini
kerana teknologi mengangkat batu-batu besar yang boleh mencapai ribuan
kilogram ke puncak-puncak bangunan belum ditemui di zamannya. Apa rahsia
di balik pembinaan piramid ini?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Desember 2006, menerbitkan berita ilmiah
yang mengesahkan bahwa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina
piramid! Menurut penyelidikan tersebut disebutkan bahawa batu yang
digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga
membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu aslinya.
end typing
Para ilmuwan mengatakan bahawa Firaun
mahir dalam ilmu kimia dalam memproses tanah liat hingga menjadi batu.
Dan teknik tersebut menjadi perkara yang sangat rahsia jika dilihat dari
kodifikasi nombor di batu yang ditinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa
Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batu: batu
semulajadi dan batu-batu yang dibuat secara manual atau olahan tanah
liat.
Dan dalam penyelidikan yang diterbitkan oleh majalah “Journal of
American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis
tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Ini
kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan
kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku perapian yang
dipanaskan dengan wap air garam dan berhasil membuat wap air sehingga
membentuk campuran tanah liat.
Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding
piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah menurut ukuran yang
diinginkan tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah
disediakan di dinding piramid.

Profesor
Davidovits telah mengambil batu piramid yang terbesar untuk dilakukan
analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut
dan menemui jejak reaksi cepat yang menegaskan bahawa batu diperbuat
dari lumpur.
Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu semulajadi dan batu buatan.
Dengan kaedah pembuatan batu besar melalui cara ini, seorang profesor
memerlukan waktu sepuluh hari hingga mirip dengan batu aslinya.
Sebelumnya, seorang ilmuwan Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun
mencari jawaban dari rahsia di balik pembuatan batu besar di
puncak-puncak piramid.
Ia pun berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan
kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir
diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Penemuan
oleh Profesor Prancis Joseph Davidovits soal batu-batu piramid yang
ternyata terbuat dari olahan lumpur ini memakan waktu sekitar dua puluh
tahun.
Satu kajian yang lama tentang piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan
menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat! Ini
menegaskan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu. (Gambar dari
batu piramid).
Sekeping gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid
matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran ilmiah mengatakan bahawa
sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada pengecoran batu berasal dari
tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam peradaban
yang berbeza baik Rom atau Firaun!
Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawaban
Jika difahami lebih dalam, ternyata Alquran telah mengungkapkan hal ini
1400 tahun sebelum mereka mengungkapkannya, perhatikan sebuah ayat dalam
Al Quran berikut ini:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا
الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا
هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى
إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي
لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir'aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan
bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian
buatkanlah untukku BANGUNAN YANG TINGGI supaya aku dapat naik melihat
Tuhan Musa, dan Sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa Dia Termasuk
orang-orang pendusta." (Al-Qashash:38)
Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan
raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam
peradaban tinggi pada masa itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran
adalah kitab pertama yang mengungkapkan rahsia pembinaan piramid, bukan
para Ilmuwan Amerika dan Perancis.
Kita tahu bahawa Nabi SAW tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat
piramid, malah mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun,
terjadi sebelum masa Nabi SAW ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada
satupun di muka bumi ini pada waktu itu yang mengetahui tentang rahsia
piramid.
Sebelum ini, para ilmuwan tidak yakin bahAwa Firaun menggunakan tanah
liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun
kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW, berbilang tahun
setelah berakhirnya dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina
monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan.........TANAH LIAT
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa nabi Muhammad SAW
tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah
yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang
menyelamatkan nabi Musa ... Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi
terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi
kebenaran kenabiannya dikemudian hari!!
Subhanallah! Sungguh suatu perkara yang hanya dapat difahami oleh orang
orang yang bukan sekadar berakal, tetapi juga mempergunakan akalnya.
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..